August 5, 2009

Suruhanjaya Pilihan Raya PHYTAS~

Seperti yang telah diumumkan semasa perjumpaan semua pelajar Fisioterapi sebelum ini. PHYTAS telah mengumumkan bahawa pemilihan Presiden PHYTAS seterusnya akan dilakukan melalui sistem pilihan raya. Berikut adalah maklumat berkaitan pilihanraya tersebut.

1. Penamaan Calon Presiden PHYTAS '09~'10

Tarikh: 16hb Julai 2009 ~ 7hb Ogos 2009

Syarat-syarat:
~Terbuka kepada semua pelajar Fisioterapi UiTM
terutamanya pelajar semester 3 & 5 (Degree/Diploma) & pelajar OBE
~Calon haruslah berdedikasi, berkepimpinan serta mempunyai wawasan untuk memajukan PHYTAS.

Prosedur:
~Sila ambil borang penamaan calon dari Muhammad Afiq Jamarudin@ Zaharudin
~Sertakan bersama kad matriks & gambar
~Bawa bersama seorang pencadang & penyokong
tak semestinya calonkan diri sendiri :)

Perhatian!~
Jika tiada sebarang penamaan calon dibuat sepanjang tempoh tersebut, SPR PHYTAS berhak menggunakan kaedah lain untuk melantik calon.

"Setiap kelas semester 3 & 5 wajib menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil untuk dijadikan calon presiden PHYTAS 2009~2010"

*Setiap calon yang dipilih adalah dibawah kuasa SPR PHYTAS, maka sebarang keputusan adalah muktamad!~*
*Calon-calon yang bertanding akan diumumkan oleh SPR PHYTAS sekurang-kurangnya seminggu selepas tamat tempoh penamaan calon.*



2. Tempoh Berkempen

Tarikh: 9hb Ogos 2009 ~ 13hb Ogos 2009


Syarat-syarat:
~Poster akan disediakan oleh SPR PHYTAS di tempat-tempat tertentu sahaja.
Blog PHYTAS, Board PHYTAS etc.
~Calon dibenarkan membuat poster menggunakan bajet peribadi & m'dapatkan pengesahan dari kolej/fakulti.
~Calon hendaklah menguar-uarkan "manifesto" masing-masing tanpa menyerang peribadi pihak lawan.



3. Pengundian

Tarikh: 14hb Ogos 2009

~Setiap pelajar PT wajib mengundi!~


Lokasi: Kolej Angsana


Prosedur:
Bawa Kad matriks ke meja pendaftaran --> Daftar --> Ambil Kertas Undi --> Undi!~



4. Pengumuman Presiden PHYTAS 2009~2010.


~Pengumuman akan dilakukan pada "Nights of Wild Orchids & Blooming Roses"~

No comments: