Bismillahirrahmanirrahim...... Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Kefhal antum semua? Ana doakan semoga semua adik2 dan sahabat2 sentiasa berada di dalam nikmat sihat, iman dan islam. Semoga hidup kita ni sentiasa dihiasi dengan senyuman dan keceriaan.
Sebelum memulakan bicara..izinkan kami dari crew kerohanian PHYTAS memohon jutaan kemaafan kepada semua di atas kelalaian kami dalam melaksanakan amanah yang diberi.. maaf pada sahabat2 yang sentiasa mendambakan dan dahagakan makanan buat jiwa2 kalian yang sentiasa perlu diperbaharui dan ditarbiyah agar tetap istiqamah di jalan kebenaran dan ketaatan.
Sedar tak sedar kita dah berada di ambang ramadhan yang kita semua nanti2 kan dan rindui. So, apa persediaan yang kita dah buat untuk melalui nyer agar ramadhan kita kali ni benar2 bermakna?
Specialnyer bulan Ramadhan ni...
Seperti yang kita sedia maklum bahawa bulan ramadhan merupakan bulan untuk umat islam menunaikan ibadah puasa seperti yang disyariatkan dalam Al-Quran malah diperkuatkan lagi dengan hadith2 drpd Rasulullah s.a.w. Banyak sekali hikmah berpuasa ni tapi untuk coretan kali ini ana ingin menjelaskan satu faktor je iaitu ukhwah.
Ini adalah salah satu faktor yang specialnyer dalam bulan ramadhan ni iaitu kita dapat mengeratkan ukhwah di antara kita. Aktiviti berbuka puasa secara jamaie, menunaikan solat terawih secara berjemaah, mendengar kuliah atau tazkirah beramai-ramai dan melaksanakan perintah ALLAH bersama-sama menjadikan ukhwah di antara kita semakin mesra dan jitu. Tidakkah ini yang di idam2kan sesama kita saudara seislam?
Bayangkanlah jika kita melakukan ibadah ini secara individu, kita hanya dapat hikmah dari sudut jasmani, rohani, emosi dan intelek sahaja. Walhal, kekuatan ukhwah di antara umat islam adalah simbol perpaduan dan kegagahan yang boleh menakutkan musuh2 islam. Di samping itu, kita juga dapat mentarbiyah diri menjadi seorang mukmin yang di redhai ALLAH.
Ayuhlah sahabat2.. moga ramadhan kali ini benar2 menjadi madrasah tarbiyah untuk diri kita menjadi lebih baik.. ALLAH tidak memandang kepada hasil tetapi usaha yang berterusan yang kita laksanakan.
Exco Kerohanian '08/'09
No comments:
Post a Comment