Saban hari kita dihidangkan dengan berita jenayah tanpa peri kemanusiaan yang dikerjakan oleh rejim Zionis Israel ke atas saudara/i kita di bumi Palestin.
Tidak ada lagi luahan kata-kata untuk menggambarkan kemarahan dan kesedihan kita dengan apa yang berlaku di bumi para anbiya' ini.
Menurut Syeikh al Qaradawi, jika kita tidak mampu memberi kekuatan kepada saudara kita di Palestin, adalah menjadi tugas kita untuk melemahkan Israel dan sekutunya. Sekiranya kelemahan musuh tidak tercapai kecuali dengan boikot, maka kita wajib memboikot mereka. Kita semua mesti bersatu menetang penceroboh. Kita bersatu delam Islam, termasuklah kesatuan iman kepada Sharia'ah, kesatuan kepada Qiblat, dan kesatuan dalam kesengsaraan dan harapan. Allah swt berfirman: "Sungguh, inilah agama kamu, agama yang satu." (Qur'an, 21:92)
Allah berfirman lagi: "Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu" (Qur'an, 64:16)
Apa yang perlu kita buat ?
Jawapannya ialah boikot barangan Yahudi dan Israel dan sekutunya !!
Jawapannya ialah boikot barangan Yahudi dan Israel dan sekutunya !!
No comments:
Post a Comment