September 28, 2010

PHYTAS upcoming event

You are all invited to this event!!!

March 4, 2010

Thousands of Apologies~!

Due to a packed schedules of a student, this blog was on hiatus as long as all of us could remember.

On behalf of the Board of committee, i apologized for our incompetence in making sure this blog stays updated and 'alive'.

Since the start of the semester, PHYTAS had been organizing few programs and more is coming. We are also proud to announce that even PNC realized PHYTAS's existence & compliment us on our several achievements on organizing events that challenges Puncak Alam's students mentally & physically.

We are also proud to invites all Physiotherapy students to join us on Facebook! Another alternatives that we tried to bring up, so that all the members could speak their mind & be heard not only by the committee but also by all the students & even lecturers.

Non-PHYTAS members are also invited to become a fan. Thus, being updated on PHYTAS's current activities.

Hopefully, PHYTAS would always be a committee that unites us all. ;)

Once again, we apologized for our incompetence.

December 1, 2009

Program Khidmat Masyarakat

Program Khidmat Masyarakat ~
In collaboration with Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Bersama Warga Emas: Jom Sihat & Aktif !

Date : 2nd December 2009
Time : 7.30 am -2.00 pm
Venue : Petaling Jaya , Selangor .

*Transportation and accommodation at Kolej Alamanda are provided .
Also , T-shirt and varieties of door gift to be given .

Care to join?

For further information, please contact one of our communities in any ways that are possible to you :)

November 15, 2009

Semester Break.

hey people .

semester break is about to begin . so saddle up !

try and have lots of fun this semester break , because , next semester , is going to be a tough run for everybody . even for us . :)

for degree seniors , good luck in postings , yeah ?
cut the stress , and enjoy them :)

take care and au revoir :)
till then .
assalamualaikum.

October 9, 2009

watikah exco kerohanian Phytas 2009/2010


Salam imtihan, salam perjuangan.

Pertama-pertamanya, bersyukur ke hadrat ilahi atas limpah dan kurnianya kepada kita semua atas segala nikmat yang telah diberikan.

Alhamdulillah, pada kali ini, semester 2009 bakal melabuhkan tirainya, peperiksaan akhir akan menjelang tidak lama lagi.

Saya wakil daripada exco kerohanian Phytas 2009/2010 ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menduduki peperiksaan bermula 26.Oktober.2009 nanti.


Sungguh, pada saat ini, pasti ada di antara sahabat2 yang sudah mengalami ‘tachycardia’.. asyik memikirkan, bila lah nak cover subjek itu, subjek ini..ya allah, stress nya..semua tak buat lagi, assignment pun ada lagi..practical exam lagi…dan macam2.

Begitulah lumrah dan fitrahnya…


saya sekadar ingin mengingatkan agar sahabat2 semua tidak kalut dan cemas mahupun risau dalam menghadapi peperiksaan, bertenanglah.insyaallah, andai sahabat2 semua sudah pun bersedia, pasti tidak menjadi masalah.

bagi yang belum bersedia, maka mulakan langkah jihad kalian.. lakukan yg termampu. jangan stress..dan jaga kesihatan. dan yang paling penting dan utama, jg hubungan diri dengan allah, tingkatkan ibadah dlm ruang masa yg terhad ini.

di sini,saya titipkan sedikit tips menghadapi peperiksaan.

1.

Datanglah dengan bersedia dan lebih awal


Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.




2.

Tenang dan percayakan diri sendiri


Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.




3.

Bersantailah tapi berhati-hati


Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.




4.

Prebiu soalah-soalan terlebih dahulu


Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.




5.

Jawab soalan secara strategik


Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:

  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis jawapannya,
  • mempunyai markah sedikit .

6.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih


Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan.




7.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis


Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.




8.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya


Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.




9.

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan


Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.




10.

Analisa jawapan anda


Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.



Tapi yang penting sekali jangan lupa BERDOA!!! betulkan niat dan lakukanlah hanya keranaNya. InsyaAllah Dia akan membantu.